Friday, September 5, 2008

AKU (PART II)

Manusia sememangnya sukar difahami dan dipercayai.. Aku tak mengerti kenapa manusia dijadikan untuk berhasad dengki.. Cemburu dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain.. Agaknya memang tak boleh tengok orang senang.. Memang dah dinamakan manusia.. Namun begitu aku percaya, tak semua manusia begitu..

Bukan aku membangga diri, tapi aku sentiasa melihat manusia dari kebaikannya.. Bak kata orang puteh, always seeing things from the positive side.. Berpegang pada pepatah inilah aku tidak pernah menilai atau menghukum seseorang. Sebab pada aku, setiap perbuatan dan tindakan seseorang ada sebabnya..

Jawatan yang kusandang sentiasa menyedarkan aku.. Kadang-kadang untuk menginsafi diri.. Hakikatnya, memang aku mengetahui semua maklumat rahsia kakitangan seperti gaji staff.. Tapi pada aku, setiap manusia ada rezekinya.. Tak ada sebabnya kita mesti merasa cemburu pada mereka.. Aku juga selalu berpesan kepada pembantu-pembantuku, “Ini rezeki diorang, nanti sampai masa ada rezeki untuk kita..” Aku percaya, Allah itu maha adil, setiap yang berlaku itu ada kebaikannya..

Aku tahu, aku memang sukar sekali mempercayai niat dan ketulusan orang lain.. Memang itu kelemahan aku.. Bukan aku sengaja.. Hakikatnya, aku pernah ditaburkan fitnah.. Aku pernah merasa bagaimana orang yang aku anggap sebagai kawan dan pernah aku bantu, menikam aku dari belakang.. Memburuk-burukkan dan melaga-lagakan aku dengan teman yang lain.. Sehingga ada yang salah faham dengan aku.. Memang susah untuk kita menilai hati manusia.. Lagi-lagi orang yang jenis bermuka-muka.. sehingga aku kehilangan rakan dan teman yang aku senangi..

Aku kadang-kadang tidak mengerti kenapa jarangnya ada ketulusan dan kejujuran di dalam sesebuah perhubungan.. Bukankah itu sebenarnya dasar dan landas sesebuah perhubungan? Apalagi hubungan persahabatan.. Aku lebih suka mempunyai teman untuk memberi pendapat, menegur di mana kesalahan kita dan memberi peluang untuk meng ‘improve’ diri masing-masing. Kebenaran sememangnya pahit untuk ditelan.. Tetapi bukankah ia lebih baik dari mempunyai teman yang bermuka-muka, suka mengampu dan menilai kita?

Sememangnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau terlalu sempurna, bukankah ianya membosankan.. Sepatutnya kita menerima diri kita dan teman kita seadanya.. Kerana dengan ketidak sempurnaan itulah yang akan mewarnai kehidupan kita.. Semoga dengan ketidak sempurnaan itulah yang akan membimbing kia menjadi manusia yang lebih baik.. Dan aku juga percaya, tiada apa yang lebih sempurna dari Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment